Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 7-Sep-2009 00:00
SALAM 1RAMADHAN ( 3 ) : Meraikan Satu Transformasi Agung !
.




SALAM 1RAMADHAN (3)


Meraikan Satu Transformasi Agung !




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Baru-baru ini aku berpeluang bertandang semula ke Masjid Lama Mulong.

Ya, SEMULA …

Melangkah masuk ke dalamnya buat kali kedua,
setelah lebih setahun berlalu semenjak http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1603983(lawatan pertama) aku dahulu.

Lawatan kali ini ternyata memberikan satu pengalaman yang berbeza,
lebih mengujakan, di samping turut mendorong aku untuk berfikir dan
merenung.

Berikut aku sediakan beberapa hasil bidikan yang tidak seberapa beserta
sedikit komentar, hasil selukan dari kocek pandangan dan pendapat peribadi ….

Dengan niat berkongsi ….

… dan sebagai meraikan satu transformasi agung !!







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






http://shw.raykinzoku.fotopages.com/18650789.html()

* Masjid Lama Mulong, jasad lama rohnya baru !

Tersergam indah di pinggir jalan Kota Bharu ~ Kuala Krai, hanya sepelaung dari masjid
bersejarah, Masjid Lama Kampung Laut di Nilam Puri.

Satu kebetulan yang begitu membanggakan ! Satu kawasan, dua tarikan bersejarah !

Apa yang menarik, kedua-duanya berada di situ kerana dipindahkan, dari tempat asal
yang jauh di utara. Satu berasal dari Kampung Laut, Jajahan Tumpat manakala satu
lagi dari bandar Kota Bharu. Lagi menarik, kedua-duanya dipindahkan atas dasar
pemeliharaan ! Satu ingin dikekalkan sebagai masjid, yang lagi satu ingin dijadikan
masjid !

Aku bangga kerana langkah sebegini diambil. Paling penting, ianya diambil dengan
membaik pulih sehingga menjadi sedemikian rupa sambil mengekalkannya di tapak
asal yakni, tidak terkeluar dari Kelantan atau disimpan dalam simpanan peribadi ~

Aku harap perkara yang sama turut dilakukan kepada banyak lagi ' cultural &
historical asset ' yang sedang terancam dalam negeri Kelantan yang bertuah ini ...

( Oh yer, sila klik foto bagi melihat keadaan sebelum ianya dipulihara ~ )





http://shw.raykinzoku.fotopages.com/18650790.html()

* Masjid Lama Mulong : Lain Dulu Lain Sekarang !

Walaupun banyak juga perkara tiada yang diadakan dan yang ada ditiadakan,
melibatkan pelbagai bahagian tangga, dinding, tingkap, pelantar hadapan dan
seumpamanya, namun aku perasan, rata-rata bahagian asal memang dikekalkan.

Maksud aku, bahagian-bahagian asal semasa ianya masih sebuah balairong seri,
iaitu bahagian asas seperti kerangka utama, bumbung, tiang, sesetengah bahagian
dinding dan sisip angin memang sebagaimana asal ...

Namun demikian, sentuhan dan penangan pemuliharaan khusus dan serius yang
diberikan tetap memberikan hasil akhir yang aku kira jauh berbeza dari sebelum
tetapi ternyata begitu menawan dan mengujakan !

Bahkan, jujur dan terus terang saya katakan, unjuran ' ekor itik ' yang diperagakan pada
bumbungnya itu juga jauh lebih menyerlah, halus dan cantik, lebih asli berbanding yang
http://1.bp.blogspot.com/_vI_lZqw3Uas/SjZzaIR0-wI/AAAAAAAAAB4/QQdAQY888oo/s1600-h/P1010008.JPG(direnovasi pada Masjid Lama Kampung Laut) * !

Bak kata orang kampung saya, yang ini ' more pronounced and lovelier ' ~ !

Emmm ~ Ternyata lebih bagus berbanding sebelum ! Tahniah !

Selain bangunan, kawasan sekitarnya pun turut berubah.
Kalau dulu ianya tidak berpagar, sekarang lengkap melitupi perimeter,
dengan tandas dan tempat berwuduk yang begitu cantik ala resort peranginan !

Cuma yang ironik, jika dulu masjid ini sentiasa terbuka kepada umum tanpa
mengira masa, kini nampaknya ia hanya akan dibuka pada masa-masa tertentu sahaja ...

Mungkin itulah harga sebuah kecantikan.

( Sila klik foto bagi melihat keadaan asal sebelum dipulihara .. )


Nota :

* Link foto ' ekor itik ' masjid kampung laut dipinjam http://utarid-united.blogspot.com/2009/06/masjid-kampung-laut.html(dari laman ini)







http://shw.raykinzoku.fotopages.com/18650850.html()

* Pandangan dari sisi masjid.

Bahagian ini menghadap jalan raya. Jelas kelihatan dari mana-mana kenderaan yang
menyelusuri kilometer 11 Jalan Kota Bharu ~ Kuala Krai.

Aku suka melihat bagaimana tiang-tiang itu menyokong struktur bangunan.
Tampak begitu teguh dan kukuh serta bersaiz agak besar berbanding yang biasa aku
temukan pada beberapa rumah Melayu lama di Kota Bharu yang sezaman dengannya.
Tidak syak bahawa kualiti sedemikian mempamerkan status sebenar si pemilik asal
lebih seabad yang lepas !

Namun apa yang paling menarik perhatian aku, lebih-lebih lagi setelah kerja
pemuliharaan selesai, adalah bahagian pintu ( tanpa pelantar ) yang bertangga itu.
Aku ada peruntukkan sedikit komen tentangnya dalam satu keterangan foto di bawah
ini, jemput ' scroll down ' untuk melihatnya ~

( Oh yer, sebelum tu, sila klik foto untuk saksikan keadaan sebelum pemuliharaan ! )





http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1603983()

* Keadaan bahagian pintu masuk ke dalam bangunan masjid.

Kalau aku paparkan hanya foto ini di sini dan katakan ini pintu masuk ke sebuah bilik
penginapan resort terkemuka, mesti ada yang percaya ! Hahaha ~

Memang banyak sekali perubahannya berbanding sebelum. Bahagian depan ini
langsung tidak sama dengan yang sebelum.

Tak kisah ! Janji, ianya lebih cantik dan lebih ' presentable ' berbanding keadaan
sebelum yang sememangnya bukan berkeadaan asal pun ...

Semasa aku ralit mencongak sudut, dengan niat merakamkan foto ini, seorang lelaki
yang sebelum itu aku lihat sedang bersolat di dalam masjid, tiba-tiba datang menyapa
aku.

Aku fikir dia tinggal berdekatan, rupanya bukan. Malah disoalnya aku tentang asal-usul
bangunan masjid ini dan mengapa ianya dibuat dalam keadaan antik dan begitu cantik
sekali. Ketika itu aku umpama mengantuk disorongkan bantal ! Tanpa teragak-agak,
aku dengan bangga, menceritakan kepadanya perihal si masjid setakat mana yang aku
tahu dan sedia maklum.

Dia hanya mengangguk tapi nampak berminat.

Sebelum berlalu ke keretanya yang berada di luar pagar, dia membalas,

" Mollaek sungguh kalu ado papae kenyato'ae kor gappo kor hok ghoyak pasaa sejaroh masjid nih ..."

Aku sengih saja.






http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1603983()

* Plak Keemasan Jabatan Warisan Negara.

Plak makluman atau perakuan ini dipasang sendiri oleh Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semasa hadir di majlis
perasmian dan penyerahan semula masjid, daripada pihak kementerian kepada pihak
kerajaan Negeri Kelantan, pada 6 Julai 2009.

Saya harap ianya dipasang ketat-ketat sebab ada di kalangan orang Kelantan yang
alah kepada benda bersinar dan bergemerlapan !

Hehehe ~ ( oh yes, I am serious ! )


Nota :

Saya ada bertandang ke majlis tersebut pada malam itu, tetapi sekadar terkebil-kebil di
tangga atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ....





http://shw.raykinzoku.fotopages.com/18651799.html()

* Sentuhan asal yang sekian lama terselindung .....

... akhirnya terserlah kembali !

Aku memang dah agak, bahkan pernah terfikir semasa mencoret entri yang lepas.

Bahawa cat yang dilumurkan atas ukiran dan panel kayu masjid ini pastinya telah
menyembunyikan sesuatu yang lebih menarik.

Aku difahamkan bahawa semasa kerja-kerja pemuliharaan dilakukan, pekerja yang
mengikis cat telah dengan tidak sengaja menemui ukiran asal pada panel-panel kayu
dalam rupa corak dan motif floral keemasan. Yang aku tunjukkan ini adalah motif yang
terdapat pada panel pintu. Selebihnya boleh dilihat pada panel dinding dan juga pada
buah gutong ...

Oh yer .. Kelihatan di atas pintu ini adalah sebahagian panel sisip angin yang nampaknya
baru dibuat bagi dipadankan dengan ukiran sisip angin yang asal. Mudah dibezakan
kerana warna kayu yang tidak serupa.

Jemput klik foto bagi melihat pandangan sebelum kerja konservasi dijalankan.





http://shw.raykinzoku.fotopages.com/18651797.html()

* Ada sesuatu yang mencuri perhatian tentang pintu ini !

Keadaan pintu ini membuatkan aku tertanya-tanya sejak dulu lagi, yakni sebelum kerja
konservasi dimulakan lagi ... Aku tambah tertanya-tanya bila mana ianya masih
sedemikian biarpun setelah kerja-kerja tamat ~

Tidak silap, malah jelas sekali bahawa ianya adalah bahagian asal masjid yang
dahulunya sebuah balai penghadapan milik seorang kerabat DiRaja sekitar awal abad
ke 20 di Kota Bharu, tetapi bukan itu yang menjadi tanda tanya di sini ...

Yang menjadi persoalan bagi aku adalah bahagian pintu ini seolah-olah tidak
dipasang dengan betul, pendek kata, telah dipasang terbalik ! Aku syak ianya terjadi
sedemikian semasa ia mula-mula dipasang di Mulong sekitar 1950an, sama ada
disengajakan atau tidak, berdasarkan perbandingan yang dibuat dengan pintu-pintu
yang seumpamanya ( sezaman ) yang terdapat di lain-lain lokasi di Kelantan,
contohnya seperti berikut :


http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1413609()http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1102658()http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1098286()http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=536131()http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1893440()


Mudah kata, pada hemat aku, bahagian gunungan ( arch ) itu sepatutnya berada di
bahagian luar sesuatu bangunan atau ruangan ( bilik ) dan bukan di dalam. Dan bilah
pintu itu sendiri sebenarnya patut dibuka dengan menarik dari atau menolak ke dalam
dan bukannya ditolak atau ditarik ke luar sebagaimana yang diperlukan bagi pintu di
atas. Aku makin hairan bila mana menyedari ianya tetap berkeadaan sedemikian
meskipun setelah melalui penelitian pakar pemuliharaan ... Seolah-olah sengaja
dikekalkan begitu .....

Mengapa yer ?

Harap-harap ada yang pakar dapat menyokong atau membangkang pendapat ini ....

( Almaklumlah, aku budak baru belajar ! )







http://shw.raykinzoku.fotopages.com/18651519.html()

* Begini lebih baik dari sebelum !

Ukiran pada pepenjuru tiang ini tampak lebih jelas dan asli dalam keadaan begini
berbanding dahulu ( well, it actually depends on the beholder ! )

Kalau tanya aku, aku lebih suka kalau ianya tidak dilumurkan apa-apa langsung, tetapi
dalam pemuliharaan, ada baiknya ia disapu dengan sesuatu yang mampu memelihara
kayu untuk masa yang lebih lama tetapi pada masa yang sama, tidak merosakkan kayu
atau ukiran yang ' delicate ' padanya. Sapuan ringan varnis atau syelek boleh jadi satu
kaedah yang baik.

Dahulu, lumuran cat putih hampir-hampir sahaja menenggelamkan langsung kehalusan
liuk lentuk ukiran. Pernah sekali aku komen berkenaannya dalam foto pada entri aku
yang lepas. Sila klik foto untuk ke foto dan entri yang dimaksudkan ~





http://shw.raykinzoku.fotopages.com/18651513.html()

* Bahagian rabung ( bumbung ) yang tiada lagi bersiling

Siling asbestos yang dahulunya langsung menutup bahagian bumbung sudah tiada lagi.

Kini, pandangan mata boleh terus menerjah ke kayu jerghia dan kepingan-kepingan
bata Singhorra yang melapisi bahagian atap. Tampak kemerah-merahan disinari
mentari pagi itu. Bahkan, tampak lebih luas dan tiada lagi perasaan lemas atau rimas !

Udara bebas mengalir dan lebih nyaman, aku yakin benar bahawa beginilah yang
di ' visi' kan oleh arkitek dan jurubina asal bangunan ini. Tukang kayu Melayu yang
memang bijak memadankan binaan dengan elemen cuaca dan suhu tempatan !

Klik pada foto bagi membandingkannya dengan keadaan sebelum.





http://shw.raykinzoku.fotopages.com/18651791.html()

* Ukiran asal yang terserlah pada buah gutong / buton

Asalnya Buah Gutong ini dicat pekat dengan warna coklat perang.

( Boleh perhatikan sendiri keadaan sebelum dengan satu klik pada foto )

Nampaknya lapisan cat telah dikikis dan yang tinggal adalah manifestasi asal si tukang
kayu merangkap artis awan larat yang bangga meninggalkan signatur nya pada buah
gutong ini dalam bentuk motif floral keemasan yang begitu anggun dan kreatif !

Selain itu, aku tertarik juga dengan pigmen kemerahan pada beberapa permukaan
buah gutong ini. Kalau ianya pigmen asal dan bukannya baru dilumur, maka aku yakin
yang ianya adalah sebatian mineral http://en.wikipedia.org/wiki/Cinnabar(Cinnabar) ( Mercury Sulfide atau HgS ) yang sememangnya
banyak digunakan pada zaman dahulu. Kini tidak lagi kerana, sebagaimana kalian
sedia maklum, sebatian Merkuri adalah toksik ! Eheheh ~

Sekadar makluman, pemasangan buah Gutong seperti ini juga dapat dilihat pada
bahagian bumbung ( ? ) balai utama di Istana Balai Besar di Bandar Kota Bharu.

Klik foto bagi melihat pandangan sebelum kerja konservasi dijalankan.





http://shw.raykinzoku.fotopages.com/18651795.html()

* Kiri : ’ Tetulang Besi ‘ yang dipasang bagi menguatkan lagi struktur bangunan.

Aku tidak pasti sejak bila ada terpasang tetulang besi ( steel bracing ) ....

Yang pasti, aku sama sekali tidak fikir yang ianya memang asalnya ada di situ
semenjak bangunan ini didirikan 100 tahun dahulu dan aku juga tidak fikir yang ianya
dipasang selepas dipindahkan ke Mulong. Sebaliknya aku yakin yang ianya dipasang
baru-baru ini sebagai salah satu kaedah pemuliharaan. Harap sesiapa yang tahu
dapat beri penjelasan sebenar.

Bagi aku, ada positif dan negatif darihal pemasangan penguat dari logam itu.
Dari segi positif, ianya dapat mengukuhkan lagi struktur bangunan ( kayu ) yang kian
dimamah usia, memungkinkan ia tahan lagi 100 tahun ( kot ? ) sekaligus mampu
menjadi tatapan generasi mendatang ...

Manakala dari sudut negatif pula, ia seolah-olah menyatakan bahawa binaan tanpa
tiang tengah, hasil buah fikiran dan kreativiti tukang-tukang Melayu Kelantan zaman
dahulu kala ini, adalah satu kesilapan dari aspek senibina dan kejuruteraan ....
Entahlah ~ Yang aku tahu, tanpa sokongan besi itu sekalipun, bangunan ini telah
terbukti berjaya mengharungi 100 tahun dengan ' hensem ' dan bergaya sekali !

Klik foto bagi melihat pandangan sebelum kerja konservasi dijalankan.


* Kanan : Contoh Buah Buton ( Buah Gutong ) lama ...

Yang ini pula bukan Buah Gutong yang ada di Masjid Lama Mulong.

Entah asalnya dari mana, tetapi dikatakan berasal dari Kelantan, dihasilkan pada
pertengahan abad 19 ( sekitar 1850an ) dan kini berada dalam simpanan peribadi
pemilik http://www.semangatkayu.com/(Kandis Resource Center) ... ( kalau tak silap ! )

Perhatikan bentuk dan bahagian yang berukir / berlukis padanya dan bandingkan pula
dengan yang terdapat pada buah gutong di Masjid Lama Mulong.

Gaya dan senireka yang mirip antara satu sama lain, membawa maksud bahawa ianya
berasal dari era dan zaman yang sama, barangkali dari kelompok tukang yang sama !

Petikan ( dengan ihsan ) daripada :

Farish A. Noor & Eddin Khoo ( Foto : David Lok ), " Spirit of Wood : The Art of Malay
Woodcarving ~ Works by master carvers from Kelantan, Terengganu and Pattani ",
Periplus Editions (HK) Ltd, Singapore, 2003 - mukasurat 80.









* Jasad Biar Lama Asal Roh Baru Sokmo !

Di satu sudut depan, kelihatan sekumpulan kaum wanita ( boleh jadi mereka tinggal
berdekatan ) sedang asyik bertadarus Al-Quran, berlatih melancarkan bacaan, dan
pastinya juga sebagai instrumen membersih rohani, menyegarkan jiwa dalam bulan
keampunan ini ...

Mereka langsung tidak menghiraukan kehadiran aku.
Bidikan demi bidikan ' flash ' bagi mereka seolah-olah bukan sesuatu yang asing ....
Barangkali sudah terbiasa, lebih-lebih dalam keadaan masjid mereka ini sudah
bertukar menjadi sebegini rupa dan dikenali ramai !

Dalam bulan Ramadhan yang sangat diberkati Allah ini, sememangnya afdhal jika
ianya dipenuhkan dengan amalan yang diredhaiNya dan juga yang digalakkan oleh
RasulNya.

Yang penting, tiada guna ada masjid yang cantik tersergam indah jika tiada jemaah
yang sentiasa istiqamah memakmurkannya ~

Melihatkan mereka, saya berasa terkedu dalam terharu. Terasa disindir !

Akhir kata dari saya ~

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Semoga di akhirnya nanti kita dilimpahi keampunan dan rahmat dari Nya !






MESTI TENGOK DAN BACA !



*

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Bangunan
Warisan Masjid Lama Kedai Mulong di sini, malam tadi.

Hadir sama Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, Datuk Prof.
Emeritus Siti Zurina Majid dan penduduk kampung berhampiran.

Menurut Rais, langkah mempertahan dan memulihara khazanah negara
tidak mengharapkan apa-apa balasan dari mana-mana pihak, sebaliknya ia
untuk dijadikan warisan kepada generasi muda.

''Langkah ini akan meningkatkan keprihatinan terhadap nilai dan budaya
warisan kebangsaan dan memberi kebaikan kepada orang ramai serta
mengharmonikan seni budaya tempatan," ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Rais memberitahu, Masjid Lama Kedai Mulong
itu asalnya merupakan Balairung Raja Dewa yang mempunyai kaitan dengan
sejarah raja Kelantan.

''Seni bina mempunyai pengaruh yang sama dengan Istana Balai Besar di Kota
Bharu di mana balairung tersebut awalnya kepunyaan putera Sultan Muhammad III,
Tuan Zainal Abidin yang memegang gelaran Raja Dewa.

''Ketika kerja-kerja pembesaran istana Raja Dewa, balairung ini telah dibeli oleh
Jawatankuasa Kerja Kampung untuk dijadikan Masjid Kampung Mulong," ujarnya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm(' Kerajaan terus latih pakar pulihara artifak ')

Utusan Malaysia Online, 7 Julai 2009, Selasa






*




KOTA BHARU 17 Julai - Selepas lapan bulan mengalami proses baik pulih, Masjid
Ar-Rahman atau Masjid Lama Mulong muncul dengan wajah silamnya yang indah dan
dibuka untuk diimarahkan semula baru-baru ini.

.
.
.

Bagi Rais, Masjid Lama Mulong patut menjadi kebanggaan segenap lapisan penduduk
setempat bukan kerana fungsinya sahaja tetapi keunikan reka bentuknya yang
menggabungkan pelbagai unsur seni bina Melayu Kelantan bersama unsur binaan Cina.

''Entah tangan tukang mana yang telah bertungkus-lumus mengukir jejala di kanan dan
kiri masjid. Jika diperhatikan betul-betul, saya dapati ia saling tak tumpah dengan
ukiran yang saya dapat lihat semasa melawat masjid-masjid di China.

''Mungkin ia petunjuk bahawa negeri Kelantan ini dahulu bersamudera terus dengan
China Yunan dan tamadun-tamadun lain," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Masjid Lama Mulong merupakan bekas Balairung Seri Istana Raja Dewa Tuan Zainal
Abidin, putera baginda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad III.

Ia dibina sekitar tahun 1900 di Kota Bharu berhampiran Istana Balai Besar dan lama
ditinggalkan kosong selepas Perang Dunia Kedua.

Kemudian, pada tahun 1958, penduduk Kampung Kedai Mulong telah membeli binaan
balairung ini dengan harga RM1,000 untuk dijadikan masjid di penempatan mereka
yang terletak 11 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Pemindahan pada waktu itu dilakukan dengan lori dan struktur lantai dan bumbungnya
telah dipotong dua bagi tujuan tersebut. Ia dipasang semula secara gotong-royong
seperti bentuk asal balairung seri dengan penambahan ruang mihrab dan anjung masuk.

Sebagai sebuah balairung seri, bangunan ini mempunyai ukiran jejala yang halus
pertukangannya termasuk mural lukisan awan larat air emas pada kepingan papan
janda berhias.

Yang menariknya mural tersebut ditemui selepas pekerja pemuliharaan mengikis cat
lama pada kepingan papan dinding masjid itu.


Asma Hanim Mahmood, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm(' Imarahkan Masjid Lama Mulong ')

Utusan Malaysia Online, Ruangan Timur, 18 Julai 2009 ( Sabtu )


* Sumber Alternatif : http://kebudayaan.kpkk.gov.my/main/paper/1696/(Laman Sektor Kebudayaan KEKKWA)






*




Jika dinilai dari sudut kejuruteraan moden, binaan tanpa tiang tengah dibimbangi
tidak tahan lama, tetapi kepakaran generasi lampau dalam pertukangan membuktikan
sebaliknya.

SEKITAR tahun 1950-an, timbul cadangan untuk merobohkan balai rong seri di Istana
Raja Dewa Tuan Zainal Abidin. Kediaman Raja Dewa itu terletak berhampiran Istana
Balai Besar di Kota Bharu, Kelantan.

Balai rong seri yang diperbuat daripada kayu yang dibina sekitar tahun 1900 itu mahu
dirobohkan untuk memperbesar istana. Berita itu kemudian didengari beberapa
pekerja istana yang tinggal di Kampung Kedai Mulong, yang percaya balai rong seri itu
masih ada kegunaannya.

Meskipun binaan balai rong seri itu kelihatan usang kerana sudah ditinggalkan kosong
sejak Perang Dunia Kedua, penduduk Kampung Kedai Mulong tetap sepakat
mengadakan mesyuarat demi mencari jalan untuk menggunakannya.


Noor Adila Ali, http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm(' Masjid Balai Rong Seri ')

Kosmo! Online, Rencana Utama, 8 Ogos 2009 ( Sabtu )






*

A UNIQUE MOSQUE

As the mosque was originally a throne room, it has many unique features linked to the
royalty. Even its construction method is unique. There is hardly any nail used to erect the
structure and instead mortise and wedges hold the building together. On the whole, the
structure highlights the best of Kelantanese craftsmanship that is now rare.

The design may be simple but it is often found in palaces and homes of the aristocracy
in the state in the early days.

"This uncomplicated design can be seen in the overall structure of the building, the walls,
doors, pillars and the chimney and often they are almost devoid of carvings," he said.

The building's architecture in fact combines many of the Kelantanese Malay and
Chinese elements and this structure is built without a centre beam. Instead 16
surrounding pillars fortify the structure.

From the modern engineering viewpoint, it is feared that structures without beams at the
centre may not last long but the master builders of the early days have proved otherwise
in their design of the throne room.

The centre beam will need vertical support and this means there has to be pillars at the
centre of the throne room. This will reduce the open space needed for functions and that
is why builders avoided the centre beam.

Mat Nasir pointed that even the floor is not supported by long cross-beams between the
pillars. It is actually suspended on 32 legs (vertical support).

"In ordinary cases there is no need for so many legs to support. But because there is no
long beams, the floor has to be supported by other means and that is why there are so
many legs," added Mat Nasir.

A NATIONAL HERITAGE

The mosque is today listed as among the 11 heritage buildings in the country.

Actually the Mulong Old Mosque is very special, not only because of its beautiful and
unique design but also because of its history.


Noor Adila Ali, http://www.bernama.com/bernama/v5/newsfeatures.php?id=430691(' Throne Room Transformed Into Mosque ')

Malaysian National News Agency ( BERNAMA ), Features, 6 Aug 2009 ( Thu )

* Malay Version : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=430692(Balai Rong Seri Bertukar Menjadi Masjid)








http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1893440()
*
" I did my own research and http://www.royalark.net/Malaysia/kelant7.htm(through royalark.net) , have a good reason to believe that the
Raja Muda as referred to by W.A. Graham in the above photo caption was no other but
Tengku Long Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III ( b. 1875 ~ d. 1945 ) who was also
known as either Tuan Zainal Abidin or Tengku Zainal Abidin, but better known as Raja
Dewa. Simply put, the house belonged to Raja Muda aka Raja Dewa.

When his brother, Tengku Long Senik took to the throne as Sultan Muhammad IV
( reign. 1900 ~ 1920 ), Tengku Zainal Abidin was bestowed the title of Raja Muda
( the http://en.wikipedia.org/wiki/Heir_presumptive(Heir Presumptive) ) of Kelantan. Not to be confused with the http://en.wikipedia.org/wiki/Heir_apparent(Heir Apparent) who
was Tengku Ismail, the eldest son of Sultan Muhammad IV who at the time was in his
early 20s, and carried the title Tengku Sri Indra Mahkota ( 1901 ). Tengku Ismail
later succeeded his father in 1920 as Sultan Ismail and with the new Sultan in power,
Tengku Zainal Abidin found himself ' promoted ' from Raja Muda to the title of Raja Dewa,
according to the same site, in 1944. Thus explaining why he was better known today by
the name Raja Dewa instead of Raja Muda.

So, what's up with Raja Dewa ?

First, the present day Jalan Raja Dewa was named after the man.
Secondly and most importantly, Raja Dewa was the ' first-hand owner ' of the newly
restored, historical Masjid Lama Mulong, the structure which before being turned into a
mosque for the people of Mulong in the 1950s, was his Balairong Seri ( meeting hall ),
which was built in the early 1900s - presumably, behind those very walls as seen from
the above photo ... "

* Untuk ulasan selanjutnya, sila klik foto di atas ~

TRIVIA :
Raja Dewa is the grandfather to Tengku Razaleigh Hamzah aka Ku Li, a prominent
personality in the Malaysian political scene.



UPDATED 4 DISEMBER 2009 :



* Raja Dewa's Residence in 1910 Kota Bharu.

Like previously explained, Raja Dewa was Raja Muda in the early 1900s up to 1944
( he died in 1945, a year after being projected to the special title of Raja Dewa ) and this
photo shows his residence ( Kota Raja Muda ) seen from outside the main gate, as
explained by the accompanying caption.

Could it be possible that Masjid Lama Mulong was either one of the two standing
structures seen behind the wall, here in this photo, taken in 1910 ?

If you ask me, the one with the long roof, surely looked like it !

( photo taken from Warisan Kelantan III, Muzium Negeri Kelantan, 1984 ; p.98 )





http://imageevent.com/jassabtr/masjidmulongkelantan?n=0&z=2&c=3&x=0&m=16&w=0&p=0()

http://imageevent.com/jassabtr/masjidmulongkelantan?n=0&z=2&c=3&x=0&m=16&w=0&p=0(SHAARI MAT SAOD : Foto-foto Kerja Konservasi Masjid Lama Mulong)



http://ftkw.umk.edu.my/2009/majlis-perasmian-masjid-mulong/()

http://ftkw.umk.edu.my/2009/majlis-perasmian-masjid-mulong/(UNIV MALAYSIA KELANTAN : Foto-foto sekitar upacara perasmian Masjid Lama Mulong)





© Pidgin Technologies Ltd. 2016