Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


TOK JANGGUT
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
TOK JANGGUT
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 24-May-2008 10:00
TOK JANGGUT : Antara Cukai, Feudalisme dan Nasib Dunia Islam
.


*
TOK JANGGUT :

Antara Cukai, Feudalisme dan Nasib Dunia Islam ...



Tok Janggut .......

atau nama sebenar, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.

Syahid pada hari ini 24 Mei,

dalam perjuangan menentang penjajahan Inggeris,

di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,

93 tahun yang lampau ......

Al Fatihah .....




Dahulu,
lebih kurang tiga tahun yang lepas,
saya pernah http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=597411(mencatit satu entri khas berkenaan Tok Janggut).

Apa yang asalnya diniatkan sebagai satu catitan kasual, sebagai menyempurnakan hajat seseorang, telah dengan tidak semena menanya mendapat tumpuan ramai sehingga sendat dengan ratusan komen menyatakan minat.

Dalam banyak banyak komen yang aku perhatikan, tidak kurang ada yang menarik, yang menyebabkan aku merenung kembali kisah perjuangan Tok Janggut, contohnya seperti komen ini :




* i am an amateur historian. thank you for the write up. your photos will be useful
for those researching on Kelantan and its history. i had the privilege of meeting 2 of
Tok Janggut's grandson. they are proud their grandfather was a shahid. history has
downplayed the extent and significance of the fight between tok janggut and the
administrators then. it was a jihad of the muslims against the british rule.

Fri 2-Dec-2005 14:15
Posted by :chan - [ http://chan.fotopages.com(Link) ]
IP: 218.208.221.81





Merenung kembali, memang benar sejarah kurang berlaku adil kepada Tok Janggut.

Kisah perjuangan Tok Janggut, walaupun kini diabadikan dalam lembaran sejarah tanahair, disanjung dan diajar di sekolah, dirasakan seolah olah masih atau sengaja dibiarkan tergantung. Tidak keterlaluan jika saya katakan, seolah olah sama sebagaimana yang diperlakukan oleh Inggeris terhadap jasad Tok Janggut di Padang Bank.

Apa yang saya maksudkan dengan " tergantung " di sini adalah bila mana rata rata sumber utama rujukan sejarah ( authorized sources ), dalam menghuraikan kronologi dan sebab musabbab kepada kebangkitan Tok Janggut, hanya mengutarakan faktor permasalahan cukai dan faktor kehilangan kuasa politik pembesar Melayu tradisional ( feudalisme ) sebagai punca.

Di sini, saya petik beberapa contoh dari huraian Arkib Negara Malaysia dan buku teks sejarah Tingkatan Lima sebagai bukti :




*
Campurtangan British di Negeri Kelantan pada awal abad keduapuluh telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran di negeri tersebut.

Pihak British telah memperkenalkan sistem-sistem cukai yang baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik pegawai-pegawai untuk menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional.

Kewujudan alat-alat pentadbiran dan campurtangan pihak British dalam pentadbiran Negeri Kelantan ini telah menggugat kedudukan pembesar-pembesar daerah serta menimbulkan kemarahan mereka yang selama ini memiliki banyak keistimewaan.

From :
http://hids.arkib.gov.my/doc/jilidii/april/29_04_~1.htm(Arkib Negara Malaysia : Hari Ini Dalam Sejarah Online : " PERANG TOK JANGGUT ")








* Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ( KBSM ), Dewan Bahasa & Pustaka, Cetakan Keempat 2006, Percetakan Watan Sdn Bhd

( Nota : Perenggan berkaitan di " highlight " bagi memudahkan rujukan. )





Sebenarnya,
apa yang dinyatakan oleh sumber sumber di atas tidaklah bersalahan dengan apa yang benar benar telah berlaku.

Cuma, secara peribadi, menyampaikan kisah Tok Janggut dalam konteks perjuangan membantah cukai dan kehilangan kuasa politik tradisional, bukan sahaja mengabaikan butiran penting lain dalam kronologi kejadian malah dirasakan mampu memberikan implikasi negatif kepada perkembangan minda generasi muda. Seolah olah menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok yang kedekut dan taksub dengan feudalisme. Apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan melalui huraian sedemikian ?

Sedar atau tidak, dengan pentafsiran sedemikian juga, kita telah berjaya menyempurnakan agenda penjajah Inggeris tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah menyempurnakannya.

Sejarah membuktikan bahawa penjajah Inggeris sememangnya mahu perjuangan Tok Janggut digambarkan sedemikian, kerana mudah bagi mereka melabel beliau sebagai penjenayah dan pengkhianat ( tidakkah kita selalu diajar, membantah arahan pihak berkuasa adalah satu jenayah ? ) .....

.... dan sejarah juga membuktikan bahawa dengan menonjolkan Tok Janggut sebagai seorang penjenayah dan pengkhianat, mereka telah berjaya mengalihkan perhatian orang Melayu Islam dari memikirkan isu global berkaitan umat Islam yang sedang hangat ketika itu !

Laporan berikut,
yang dipetik dari akhbar The New York Times, bertarikh 15 November, 1914,
menjelaskan usaha awal Inggeris untuk memastikan orang Melayu terus terserkup di bawah tempurung :





*




Source :
http://query.nytimes.com/gst/abstract.html?res=980DE2D8153FE233A25756C1A9679D946596D6CF&scp=2&sq=kelantan&st=p(The New York Times Online Archive, 15 November 1914) ( http://query.nytimes.com/mem/archive-free/pdf?_r=1&res=980DE2D8153FE233A25756C1A9679D946596D6CF&oref=slogin(PDF format here) )



Menurut laporan di atas, pada 14 November 1914, Sultan Kelantan ( Sultan Muhammad IV, 1900 ~ 1920 ), telah mengeluarkan jaminan taat setia kerajaan Kelantan kepada Inggeris ekoran Perang Dunia Pertama di Eropah.

Inggeris pada masa itu, sedang berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Austria-Hungary dan Jerman. Inggeris telah menekan pihak istana untuk mengisytiharkan solidariti bersama - tindakan yang mengecewakan Tok Janggut lantas memilih untuk bangkit sendiri menentang Inggeris .....

Tetapi mengapa Kelantan ? Mengapa Turki Uthmaniyyah !?

Perlu diingatkan bahawa pada masa itu, kerajaan atau empayar Turki Uthmaniyyah dianggap oleh kebanyakan umat Islam di dunia, termasuk juga di Kelantan, sebagai pelindung serta pemimpin ummah. Kebetulan pula di Kelantan, hampir keseluruhan penduduk adalah beragama Islam bermazhab Shafie ( dinyatakan di situ, " Shaffa Mohammedanism " ) dan kuasa politik adalah di tangan pemerintah beragama Islam ( walaupun di bawah pengaruh Inggeris ).

Walaupun demikian, itu bukanlah perkara yang paling dirisaukan oleh Inggeris.
Inggeris lebih gusar dan khuatir akan hakikat hubungan dan pergantungan Kelantan dengan Timur Tengah dari sudut ideologi dan politik, yang telah berlangsung sejak berkurun lamanya. Ramai rakyat Kelantan berulang alik ke Makkah untuk menuntut ilmu, menunaikan ibadat Haji dan tidak kurang juga ada yang memiliki kepentingan di sana. Tok Janggut berada dalam kelompok ini, seorang terpelajar yang pernah menuntut ilmu dari Pattani hingga ke Makkah. Kebetulan juga, Makkah ketika itu merupakan wilayah Turki Uthmaniyyah, yang pastinya sedang marak dengan propaganda anti-Inggeris ketika Inggeris sedang berperang dengan Turki. Inilah yang dirisaukan oleh Inggeris.

Walau bagaimana pun, dalam hal ini, menyedari hakikat masyarakat Melayu yang amat mentaati Raja, Inggeris telah mengambil jalan memaksa pihak Istana untuk menyatakan pendirian yang selari dengan mereka, dengan harapan, kemarahan masyarakat Islam Kelantan terhadap peranan Inggeris dalam Perang Dunia Pertama dapat dikekang.

Namun, malang bagi Inggeris, jaminan yang diberi hanya bertahan selama lima bulan sahaja dan " kekacauan " ( disturbance ) yang dirisaukan telah benar benar berlaku di Pasir Puteh pada April 1915, di bawah pimpinan Tok Janggut ( antara sebab mengapa Tok Janggut diisytiharkan Inggeris sebagai " pemberontak " dan " pengkhianat " ).

Apa yang menarik, perkara yang paling dirisaukan Inggeris di Kelantan sebenarnya telah terlebih dahulu berlaku di Singapura, kubu kuat Inggeris di Asia Tenggara. Pada Februari 1915, askar upahan Inggeris dari India yang beragama Islam telah bangkit memberontak. Peristiwa berdarah yang dikenali sebagai Dahagi Singapura 1915 atau http://en.wikipedia.org/wiki/1915_Singapore_mutiny(The 1915 Singapore ( Sepoy ) Mutiny) ini, telah menyebabkan lebih kurang 50 orang Eropah terkorban. Puncanya, tidak lain tidak bukan adalah kerana peperangan Inggeris dengan Turki Uthmaniyyah, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Dikatakan Tok Janggut telah mengikuti perkembangan pemberontakan ini lalu merancang penentangan di Pasir Puteh.

Biar pun segera ditumpaskan, kejadian pemberontakan ini begitu memalukan Inggeris. Mengambil iktibar, Inggeris telah mengambil langkah berjaga jaga dan malang sekali, penentangan Tok Janggut menyusul dua bulan selepas itu dalam keadaan Inggeris sudah bersedia. Akibatnya, Tok Janggut telah diganyang sedasyat dasyatnya oleh Inggeris dan ini dapat disaksikan melalui bagaimana jenazahnya diperlakukan di Padang Bank.

Mengenangkan apa yang telah dilalui oleh Tok Janggut, adalah dirasakan amat tidak wajar jika kisah beliau terus dibaca dalam konteks sedia ada ( penekanan kepada permasalahan cukai & kehilangan kuasa feudal ). Perhatian perlu diberikan kepada konteks yang lebih global seperti yang dinyatakan di atas - sesuai dengan keadaan dunia masa kini serta hakikat diri dan latar belakang Tok Janggut sendiri.

Tok Janggut sebenarnya bukanlah seorang jaguh kampung yang buta huruf.
Beliau adalah seorang yang terpelajar, yang pernah mengembara menuntut ilmu dari Pattani sehingga ke Makkah. Kerana itu, rangkaian serta jaringan maklumatnya cukup baik. Beliau jelas tahu apa yang sedang berlaku di dunia ketika itu, khususnya nasib yang menimpa Dunia Islam - kecelaruan dan perpecahan yang melanda umat Islam angkara masalah dalaman dan penjajahan asing. Beliau juga sedar bahawa simbol kekuatan politik umat Islam tika itu, Empayar Turki Uthmaniyyah, sedang diancam dan cuba dihapuskan oleh Inggeris melalui Perang Dunia Pertama.

Kerana itu juga, Tok Janggut adalah seorang yang berfikiran GLOKAL ( yakni, a person who thinks globally and acts locally ). Ini dapat dilihat melalui keprihatinan beliau terhadap nasib Dunia Islam yang dipadankan dengan suasana setempat, yang kemudiannya ditafsirkan melalui penentangan bersenjata pada tahun 1915.

Sayang sekali, hakikat ini selalu sahaja tenggelam, samar samar atau langsung gagal dinyatakan dalam huraian kontemporari sejarah Tok Janggut, hingga menampakkan perjuangan beliau sebagai bercorak parokial ( kekampungan ) yang hampir tidak membawa apa apa makna.

Emmmm ..... entahlah ....

Yang pasti,
aku harap agar lebih ramai orang akan mengenali Tok Janggut,
tetapi bukan kerana gambar jasad beliau diperlakukan oleh Inggeris
tetapi kerana keberanian dan kematangannya dalam berjuang
demi bangsa dan agama ....

Buat Tok Janggut
dan rakan seperjuangan beliau,

Al Fatihah ....




BACAAN BERKAITAN


* http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_view.asp?kbid=17(Nasron Sira Rahim, Berita Harian : " Tok Janggut ")
* INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

http://ttuyup.wordpress.com/2006/03/10/tok-janggut-tokoh-terbilang/(Rujukan alternatif)



* http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2007/11/24/lifetravel/18867400&sec=lifetravel(Emmeline Tan, The Star Online ; November 24, 2007 : " One Moment In Time " )
* The story of a Kelantanese rebel who fought against the British comes alive in the Tok Janggut Trail.

A declaration of jihad (holy war), an insurrection against foreign invaders, the death of a rebel leader and the parade of his corpse before it was hung upside-down in public as a warning – this is the story of Kelantan’s Tok Janggut.



* http://www.geocities.com/cominglucky/tentangkelantan.htm(SP Star : " Penentangan di Kelantan " )
* Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.

Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.



* http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2007/03/melayuturki.pdf(Hasrizal Abdul Jamil : " Hubungan Alam Melayu – Turki : Merentasi Sejarah " )
* Sebuah lagi catatan penting ekoran daripada gerakan Pan-Islam Sultan Abdul Hamid II adalah tercetusnya Dahagi Singapura pada tahun 1915.

Sehingga pada hari ini, sebab sebenar yang mencetuskan Dahagi tersebut masih belum didedahkan kepada umum kecuali dengan beberapa andaian yang berhasil semenjak beberapa tahun yang lalu. Ini berikutan daripada polisi Britain sendiri yang merahsiakan perkara tersebut.

Dahagi ini sebenarnya bermula ekoran daripada bantahan askar India dan Melayu Muslim daripada dihantar ke Timur Tengah bagi menyertai tentera Arab menentang pemerintahan Khilafah Othmaniah semasa Revolusi Arab 1916.




PADANG BANK, KOTA BHARU




* Poskad lama awal 1930an, yang memaparkan Monumen Perang Dunia Pertama dan Padang Bank di Kota Bharu.

Imej " dipinjam " dari blog http://northernmalaya.blogspot.com(Northernmalaya) ). Turut kelihatan adalah bangunan Istana Jahar. Foto dirakam sekitar 1930an.

Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank. Sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris.





* Monumen Perang Dunia Pertama dan Padang Bank pada masa sekarang.

Foto dirakam awal Jun 2008.




MAKAM TOK JANGGUT, PASIR PEKAN


http://srv.fotopages.com/2/8405024.jpg()http://srv.fotopages.com/2/8405023.jpg()

* Keadaan makam Tok Janggut, tiga tahun dahulu.

Foto dari http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=597411(entri terdahulu)






* Keadaan makam Tok Janggut pada masa sekarang.

Foto dirakam pada awal Jun 2008.



© Pidgin Technologies Ltd. 2016