Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Akrobat Bawah Umur
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Akrobat Bawah Umur



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 15-May-2008 15:15
Cóng Kota Bharu Dào Běijīng ( 1 )
.


*

Cóng Kota Bharu Dào Běijīng ( 1 )



" Cóng Kota Bharu Dào Běijīng "

adalah dalam Bahasa Mandarin bagi apa yang saya fikir sepatutnya bermaksud,

" Dari Kota Bharu ke Beijing ".


Huh ? Salah ? Mohon ampun.

Saya sebenarnya tidak bisa berbahasa Mandarin.

Itu sekadar gimik yang hanya berasaskan pengetahuan menulis dalam Kanji ( Bahasa Jepun ) dengan cedokan lanjut dari alam internet .......

Oh yer, Beijing ?

Ibukota negara China dengan penduduk sekitar 15 juta dengan 2 ~ 3 juta lagi imigran yang selalu keluar masuk mencari rezeki ( floating population ). Terletak di timur laut Negara China, sebuah negara Timur Jauh yang kini dihuni 1.3 billion penduduk di dalam kawasan seluas Amerika Syarikat. Lebih 95% penduduk China adalah berbangsa Han manakala selebihnya terdiri daripada berpuluh-puluh suku kaum minoriti, dari Mongol sehinggalah bangsa Uyghur yang berdarah Turki. Pelbagai rupa, pelbagai bahasa, pelbagai ragam.

Dan, kenapa ke sana ? He he he .... Makan angin ..... keluar asap !

Yang pasti,
ianya satu pengalaman yang ....
tidaklah menyeronokkan tetapi tetap menarik, mengagumkan
dan menimbulkan kesedaran !

Apa apa pun,

terimalah buah tangan ini ..... dari Beijing :






* Dataran Tian'anmen :

Potret gergasi pengasas Republik Rakyat China, Mao Zedong diapit dengan dua slogan " Panjang Umur Republik Rakyat Cina " di sebelah kiri dan " Panjang Umur Kesatuan Agung Rakyat Dunia " di sebelah kanan.

http://wikimapia.org/#lat=39.9024279&lon=116.391263&z=16&l=0&m=a&v=2(Klik untuk melihat Dataran Tiananmen di Wikimapia)





* Pintu Masuk ke Kota Larangan ( Forbidden City ) :

Kelihatan sebahagian struktur TaiHeMen ( Gate of Supreme Harmony ) dari luar WuMen ( Meridian Gate ).

http://wikimapia.org/#lat=39.916155&lon=116.3912845&z=16&l=0&m=a&v=2(Klik untuk melihat Forbidden City di Wikimapia)





* Tembok Besar China :

Tidak jauh dari Beijing.
Hanya sebahagian kecil dari apa yang dikatakan berjumlah 6,400 km panjang.





* Tua dan Muda :

Sebuah bangunan bersejarah yang sengaja dikekalkan dan dipulihara biarpun di sekelilingnya telah banyak dibangunkan struktur komersil moden.

Bangunan ini sendiri dirangkumi dengan sebegitu rupa, oleh sebuah gedung membeli belah ( mudah kata, seperti Kuil Sri Devi Shakti di Mid Valley Megamall ).

Bagaimana pula dengan Kota Bharu ?





* Jackie Chan dan Pasaraya :

Wajah bintang filem Hong Kong tersohor, menghiasi dinding luar sebuah gedung membeli belah di tengah-tengah ibukota China.

Tidak, bukan promosi filem baru tetapi kempen anti cetak rompak ...... Selamat Datang ke China !





* Stadium Olimpik Beijing :

Pada 08-08-08 kelak, di sinilah akan berlangsungnya perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008.

Diberi jolokan " Stadium Sarang Burung " kerana senibinanya yang unik !

Di Kelantan, kita ada Rumah Kedai Sarang Burung

( dan juga tong sampah awam " sarang burung " * sarkastik * ) !



*

* Hitung Kira Ke Saat Akhir :

Jam digital seperti ini banyak berselerak di tengah tengah Beijing sebagai tazkirah buat rakyat marhaen.

Jangan plak pakai sekejap dah rosak ! Ha ha ha * sarkastik * ....





© Pidgin Technologies Ltd. 2016